Thursday, 12 January 2012

Bubur beras pulut hitam

Bubur beras pulut hitam

Bahan-bahan

1.       250gm beras pulut hitam
2.       6 gelas santan
3.       2 cawan gula merah
4.       2 sudu besar gula pasir
5.       2 helai daun pandan (belah dua dan simpul jgn ketat sangat)
6.       secubit garam
7.       air
8.       * 1 cawan santan pekat dicampur sedikit garam ( Santan biar terasa masin )

Cara-cara

1.      Rebus beras pulut hitam bersama air dengan api perlahan sehingga setengah masak
2.      Gula merah bersama gula pasir dimasak dengan sedikit air hingga hancur dan ditapis.
3.      Setelah beras pulut hampir empuk, masukkan santan, gula yang dah ditapis dan daun pandan.
4.      Kacau sekali sekala. Jangan masak terlalu lama kerana pulut akan kembang
5.      Rasakan manisnya. Kemanisan ikut selera sendiri. Sukatan gula boleh ditambah atau dikurangkan.
6.      Masak sehingga mendidih dan tutup api
7.      Bila nak makan bubuh sedikit *santan pekat yang sudah dicampur garam untuk menambah kesedapan bubur pulut hitam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...