Pulut Kacau
Pulut Kacau |
Bahan-bahan :
1. 500g pulut - rendam lebihkurang 4 ~ 5 jam
2. 500g gula merah
3. 100g gula putih
4. 3 gelas santan pekat dari 1 1/2 biji kelapa ( boleh guna santan kotak tapi santan kotak kurang lemak )
5. 2 gelas air
6. Daun pandan
7. Sedikit gajus
Cara-cara :
1. Pulut yang direndam disejat dulu airnya dalam penapis.
2. Panaskan periuk kukus dan kukus pulut hingga masak ( Lebih kurang 20 minit )
3. Bila pulut dah masak, angkat dan biarkan pulut sejuk
4. Gula merah, gula pasir dan daun pandan dimasak dengan air hingga hancur dan ditapis.
5. Masukkan air gula yang ditapis kedalam santan, masak dan kacau hingga agak pekat.
6. Bila santan dah pekat dan kelihatan jernih / berkilat warnanya, masukkan pulut, kacau selalu hingga sebati
7. Bila pulut dah sebati bersalut dengan gula, bolehlah masukkan gajus kalau suka, kacau rata dan angkat
8. Lapik dulang atau loyang dengan daun pisang atau sapu sedikit minyak, tuang pulut kedalam loyang atau dulang dan mampatkan agar pulut kejap
9. Bila pulut dah sejuk bolehlah dipotong untuk dimakan….
No comments:
Post a Comment