Biskut Salju
Bahan:
1. 500gm tepung kanji atau tepung ubi kayu
2. 700 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)
3. 450 gm minyak sapi ( 1 tin kecil )
4. 336 gm gula aising
5. 1 sudu teh soda bikarbonat
6. Susu Nespray / everyday untuk salut biskut
Cara Menyediakannya:
Cara Menyediakannya:
1. Tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat dicampur dan diayak.
2. Pukul minyak sapi dan gula halus hingga sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga adunan sebati dan tidak melekat bila dicanai ( tambah tepung sedikit sedikit jika tak boleh terap )
4. Alas papan pencanai dengan plastic sewaktu menerap adunan supaya senang tidak melekat dan senang diangkat.
5. Panaskan oven selama 15 minit
6. Sapu tray dengan majerin, taburkan sedikit tepung gandum
7. Susun biskut didalam tray dan bakar selama 10 ~ 15 minit ( Suhu 180o )
8. Bila dah masak, angkat dan salutkan dengan susu tepung.
9. Simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment