Sunday, 5 February 2012

Ikan patin masak tempoyak

Ikan patin Temerloh masak tempoyak
( Resepi cikgu Normah yang punya sentuhan masakan yang cukup menyelerakan )

Ikan patin Temerloh

Gulai ikan patin yang dah dimasak

Bahan :
  1. 1 ekor Ikan Patin
  2. 6 sudu besar tempoyak ( boleh kurangkan atau tambah )
  3. 30 biji cili api ( boleh kurangkan atau tambah )
  4. seketul kunyit hidup
  5. 2 kuntum bunga kantan ( dibelah )
  6. 2 batang serai
  7. Beberapa tangkai daun kesum
  8. 1 inci lengkuas
  9. 6 gelas air ( Sukatan air terpulang pada jumlah ikan dan kuah yang dikehendaki )
  10. Garam
Cara cara :
  1. Ikan disiang dan dipotong kepada beberapa bahagian
  2. Basuh ikan dengan air garam untuk menghilangkan bau hanyir ikan.
  3. Kunyit, cili api dan tempoyak dikisar hingga sebati
  4. Serai, lengkuas dan halia diketuk
  5. Masukkan air dan ikan patin kedalam periuk.
  6. Masukkan semua bahan bahan yang dimesin dan yang diketuk
  7. Masukkan daun kesum dan bunga kantan
  8. Masak hingga mendidih, masukkan garam, rasa masinnya dan tutup api bila dah masak.

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...