Monday, 30 January 2012

Rojak Mamak

Rojak Mamak

A.    Bahan Cucur ( Keras ) :

1.     1 1/2 cawan tepung gandum
2.     1/2 camt serbuk penaik
3.     3/4 camt garam
4.     1/2 camt gula
5.     155-165 ml air
6.     1 labu bawang besar, dicincang halus
7.     1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
8.     minyak untuk menggoreng  

 Cara cara :

1.     Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula
2.     Masukkan air secukupnya, gaul hingga menjadi doh
3.     Tutup dan dan biarkan selama 1 jam
4.     Selepas itu gaul dengan bawang dan cili.
5.     Bentukkan adunan, size iikut suka. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan sememangnya agak lembik
6.   Terus goreng di dalam minyak panas hingga keperangan

B.    Bahan Cucur ( Lembut ) : 

1.     1 1/3 cawan tepung gandum
2.     1/4 camt serbuk penaik
3.     1/2 camt serbuk kunyit
4.     1 camt gula
5.     1/4 camt garam
6.     125 ml air
7.     Sedikit udang basah / udang kering ( kalau suka )
8.     1 biji telur, dipukul
9.     Minyak untuk menggoreng

Cara cara :

1.     Campur semua bahan ( kecuali telur ) dan gaul rata
2.     Biarkan selama 1 jam.
3.     Kemudian masukkan telur yang telah dipukul kedalam adunan dan kacau rata
4.     Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cucur hingga keperangan
C.   Bahan Sampingan ( Sayuran ) :

1.    5 keping tauhu - digoreng
2.    250 gm taugeh - dicelur sekejap
3.    150 gm sengkuang – dihiris
4.    1 biji timun – dihiris
5.     2 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng
6.     6 biji cili hijau yang rangup
7.     2 biji telur, direbus & dihiris 

D.   Bahan Kuah:

1.       500 gm keledek
2.       1.5 liter air
3.       1/2 camb asam jawa
4.       40 ml air
5.       40 ml minyak
6.       2 biji bawang merah, dicincang halus
7.       2 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
8.       1 camt serbuk cili
9.       Sedikit garam ( Rasa sendiri masinnya )
10.   3 camb gula ( Rasa sendiri manisnya )
11.  Sedikit kiub ikan bilis
12.   30 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
13.   beberapa titik kicap hitam ( Pilihan )
14.  Sedikit cuka  
 
Cara cara :

1.     Rebus keledek hingga empuk. Kupas kulitnya dan kisar dengan 1.5 liter air.
2.     Campur asam jawa dengan 40 ml air. Tapis dan ketepikan.
3.     Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili.
4.     Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Kacau selama lebihkurang 5 minit
5.     Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan.
6.     Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dan cuka.
7.     Masak lagi dengan menggunakan api perlahan hingga terbit minyak. 

Cara hidang :

1.    Potong cucur keras dan cucur lembut, size potongan biarlah senang kita nak makan
2.    Letakkan cucur yang telah dipotong  kedalam pinggan, letakkan sayuran / bahan sampingan dan tuang kuah keatasnya.

Hmmmm….sedap. Sorry la sebab lupa nak ambik gambar .



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...