Kek Sponge Sarang Semut
Bahan :
1. 2 cawan tepung gandum
2. 7 biji telur
3. 2 cawan gula pasir
4. 2 cawan air
5. 1 tin susu manis
6. 3 sudu makan butter
7. 1 sudu makan soda bicarbonate
8. 1 sudu teh esen ros
Cara cara :
1. Hanguskan gula
2. Kemudian masukkan air.
3. Selepas itu masukkan butter.
4. Biar hingga mendidih. Sejukkan.
5. Pukul telur hingga kembang
6. Masukkan susu dan pukul lagi hingga rata.
7. Masukkan tepung dan bicarbonate of soda, kacau ( tepung diayak terlebih dahulu )
8. Kemudian masukkan gula hangus. Pukul hingga rata
9. Akhir sekali masukkan esen ros
10. Masukkan adunan kedalam loyang.
11. Tutup loyang dengan aluminium foil rapat rapat untuk mengelakkan wap kukusan masuk kedalam loyang adunan.
12. Panaskan kukusan.Pastikan air rebusan yang mencukupi.
13. Setelah itu masukkan loyang adunan dan kukus selama 1 ½ jam.
No comments:
Post a Comment