Biskut Mazola
Bahan-Bahan:
1. 600 gm tepung gandum
2. 2 cawan gula halus
3. 2 cawan kacang tanah ( digoreng tanpa minyak dan dimesin halus ) atau boleh juga gunakan peanut butter.
4. 2 biji kuning telur.
5. 1 botol kecil minyak Mazola
Cara:
1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah/peanut butter dan gula.
2. Masukkan minyak Mazola sedikit sedikit sambil digaulkan hingga rata.
3. Gaul adunan sehingga sebati seperti doh / tidak melekat pada jari
4. Setelah adunan tidak melekat, canai dan terap ikut acuan yang anda suka .
5. Sapukan dengan kuning telur atasnya
6. Oven terlebih dahulu dipanaskan selama 15 minit.
7. Bakarlah selama 15 ~ 20 minit dgn suhu 180’C
No comments:
Post a Comment