Cucur Udang / Bakwan
Bahan-Bahan :
1. 300 gram tepung gandum
2. 30 gram tepung beras
3. 20 gm tepung jagung
4. 50 gm jagung dlm tin (whole kernel)
5. 80 gram tauge
6. 2 biji telur
7. Minyak untuk menggoreng
8. 2 sudu teh garam
9. 1 sudu teh gula pasir
10. 200 ml santan
11. 200 ml air
· Sukatan air/santan boleh disesuaikan dengan adunannya supaya adunan tidak terlalu pekat atau cair.
Bahan dipotong :
1. 60 gram kobis (dihiris halus)
2. 80 gram lobak merah ( dihiris kecil memanjang / diparut )
3. sedikit daun sup/daun bawang (dihiris)
4. 10 btg cili padi merah (dihiris serong)
5. 300 gram udang (dibuang kulit, dipotong kasar-kasar)
Bahan dikisar :
1. 4 ulas bawang putih
2. 8 ulas bawang merah / 1 labu bawang besar
3. 1 sudu besar ketumbar
4. 1 sudu teh lada putih
Cara :
1. Campurkan kesemua bahan-bahan, kacau hingga rata dan sebati. Rasa garamnya. Kemasinan ikut citarasa sendiri
2. Panaskan minyak dalam kuali ( Sama macam nak goreng cokodok pisang ).
3. Setelah minyak panas, ambil sesenduk adunan dan gorenglah sehingga garing
4. Bila dah masak, boleh lah dimakan dengan cili sos sebagai pencicahnya.
No comments:
Post a Comment