Bahan bahan :
1. 1/2 kati isi kerang
2. 3 sudu besar pes cili kering
3. 1/2 kati sawi
4. 1 kati Mee kuning
5. 1/2 kati daging (direbus dan dipotong nipis)
6. Beberapa biji telur ayam
7. 1 cawan udang kering dimesin halus
8. 2 cawan kacang tanah (mesin 1/3 halus)
9. 4 ulas bawang merah )mesin
10. 2 ulas bawang putih )bersama
11. daun sup & daun bawang
12. Bawang goreng
13. garam
14. gula
Bahan utk supnya :
1/2 kati tulang lembu (direbus-simpan airnya)
Bahan Kisar :
1. 1 sudu jintan manis
2. 1 1/2 sudu jintan putih
3. 4 ulas bawang merah
4. 1 ulas bawang putih
5. 1 inci halia
· daun sup & daun bawang
Bahan Tumis :
1. 1 biji buah pelaga
2. 1 kuntum bunga lawang
3. 1 kuntum cengkih
4. 1 batang kulit kayu manis
Cara buat sup tulang:
1. Tumis bahan penumis hingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan yg dikisar, goreng hingga kekuningan.
2. Lepas tu masukkan tulang dan air rebusan, biar mendidih masukkan garam ,daun sup & daun bawang.
Cara buat rempah mee:
1. Panaskan kuali. Tumiskan bawang bersama cili
2. Kacau seketika tambahkan udang kering & kacang yg telah dimesin.
3. Bubuhkan ½ cawan air rebusan tulang / daging. biar seketika,.
4. Kemudian masukkan isi kerang & daging. tambahkan sedikit air rebusan daging.
5. Masukkan garam & sedikit gula Biar hingga masak. Ketepikan.
Cara Menyediakan mee bandung :
1. Panaskan kuali kosong bubuh beberapa sudu rempah mee yg telah dimasak
2. Tuangkan sup. biar mendidih seketika.
3. Pecahkan beberapa biji telur ayam Kemudian masukkan, sawi
4. Letak mee dlm pinggan, cili hijau daun sup & daun bawang serta tabur sedikit bawang goreng,
5. Bila nak makan tuang kuah keatasnya
No comments:
Post a Comment