Roti Bantal
Bahan-bahan
1. *2 cawan tepung roti
2. *1 paket Mauripan (7g)
3. *2 sudu gula
4. *1 sudu garam
5. 1 1/4 cup air suam ( Anggaran – tak perlu dihabiskan )
6. Sedikit fresh milk ( optional )
Cara-cara
1. Campur dan ayak bahan bertanda ( * )
2. Masukkankedalam mangkuk adunan dan buat lubang di tengah.
3. Dibahagian lubang itu, masukkan air sedikit demi sedikit sampai tepung boleh diuli.
4. Keluarkan adunan dan letakkan diatas permukaan keras dan uli selama lebihkurang 10 minit.
5. Masukkan semula ke dlm mangkuk tadi, tutup dengan plastik wrap/kitchen towel lembab ( bersih ) .
6. Biarkan adunan selama 20-30 minit sehingga mengembang.
7. Buka plastic yang menutup adunan dan tumbuk adunan beberapa kali untuk mengeluarkan angin.
8. Kemudian uli sekali lagi lebih kurang 5 minit.
9. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar dan cover dengan plastik wrap / towel lembab.
10. Biarkan adunan selama 20 minit sehingga adunan mengembang.
11. Bakar dalam oven suhu 180’c selama 20 minit.
12. Kalau anda suka, boleh sapu diatasnya dengan susu segar
· Peringatan : Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit
No comments:
Post a Comment