Tuesday, 3 January 2012

Cup cake - Butter cupcake (1)

Butter cupcake  (1)
Bahan-bahan :
1.       240 gm buttercup ( atau apa apa butter )
2.       500 gm gula halus
3.       1 sudu teh esen vanila
4.       4 biji telur
5.       400 gm tepung gandum
6.       2 sudu teh baking powder
7.       300ml fresh milk
Cara-cara
1.       Ayak tepung gandum bersama baking powder
2.       Butter dan gula dipukul hingga kembang
3.       Masukkan esen vanilla dan telur, pukul lagi hingga kembang
4.       Masukkan tepung berselang-seli dengan susu n pukul hingga sebati.
5.       Pipekan / masukkan kedalam papercup ( isikan ½  atau 2/3 sukatan papercup )
6.       Panaskan oven dulu lebihkurang 15 minit ( 180 ).
7.       Bakar lebih kurang 15 dulu, kalau belum masak tambah lagi 5 minit ( Anggaran masa membakar ialah 15 ~ 20 minit )
Kalo nak buat topping / glaze :
1.       300 gm cooking choclate
2.       200 ml susu pekat manis
3.       150 gm majerin
4.       4 sudu makan nescafee
5.       2 sudu makan air panas
Cara-cara
1.       Nescafee dibancuh dengan air panas sehingga larut
2.       Potong kecil coklat. Cairkan chocolate dan susu dengan cara double boiler.
3.       Bila coklat dah cair, masukkan bancuhan nescafee dan marjerin.
4.       Kacau bila dah agak pekat, tutup api.
5.       Bila dah suam boleh lah piping ikut bentuk yang anda suka atas cup kek tadi.
Sorry sbb gambar tak upload…..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...