Tuesday 10 January 2012

Kek Kukus Masam Manis


Kek Kukus Masam Manis

Bahan-Bahan:
1.    160 gm biskut cream cracker ( dihancurkan )
2.    450 gm mentega
3.    350 gm gula pasir
4.    10 biji telur (asingkan putih daripada kuning)
5.    1 tin susu pekat
6.    15 bungkus Haw Flakes ( Lihat gambar dibawah )
7.    Sedikit pewarna merah
8.    ¾ camca serbuk penaik
9.    Sedikit esen vanilla

Cara:
1.     Pukul putih telur bersama gula hingga kembang. Ketepikan sebentar.
2.     Putar mentega hingga kembang.
3.     Masukkan kuning telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang.
4.     Masukkan susu, serbuk penaik serta esen vanila, kemudian putar lagi hingga pekat.
5.     Masukkan tepung biskut dan kacau hingga rata dan sebati.
6.     Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung dan kacau lagi hingga rata.
7.     Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian tanpa warna dan satu bahagian diberi sedikit pewarna merah.
8.     Alaskan acuan kek dengan kertas minyak yang telah disapu dengan sedikit minyak.
9.     Tuangkan 1/4 adunan pertama ( tanpa warna ) - ratakan
10.  Kukus hingga masak selama 7 minit.
11.  Setelah masak aturkan Haw Flakes di atasnya.
12.  Lapiskan pula 1/4 adunan berwarna merah dan kukus semula selama 7 minit.
13.  Bila telah masak aturkan Haw Flakes seperti tadi dan letakkan pulak warna asal tadi.
14.  Buat begini berselang-seli hingga habis.
15.  Biarkan kek sejuk dalam acuan sebelum dikeluarkan.
·         Nota : Pastikan air kukusan tidak masuk kedalam loyang kek semasa mengukus.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...