Thursday, 9 February 2012

Lokan masak lemak cili api

Lokan Masak Lemak Cili Api


Gulai dah  nak habis baru teringat nak ambil gambar

Lokan Masak Lemak Cili Api
Bahan bahan :
 
1.     2 kg lokan
2.     6 ulas bawang merah
3.     1 inci kunyit
4.     30 biji cili api ( Boleh kurangkan atau tambah ikut selera )
5.     1 inci halia - diketuk
6.     3 batang serai - diketuk
7.     2 helai daun kunyit
8.     Asam keping
9.     4 gelas santan dari 1 biji kelapa
10.  Garam secukup rasa

Cara cara :

1.     Bersihkan lokan dengan menggunakan pelepah pisang atau serai
2.     Bawang merah, kunyit dan cili api dikisar sebati
3.     Masukkan lokan, bahan kisar, daun kunyit, serai, halia dan asam keping kedalam periuk.
4.     Masukkan santan kedalam periuk dan masak dengan api sederhana.
5.     Santan hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tak berketul
6.     Setelah mendidih masukkan garam, rasa masinnya.
7.     Biarkan kuah menggelegak seketika sambil dikacau.
8.     Dah masak tutup api.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...