Thursday 5 January 2012

Spagheti - Spicy Tropicana

Spicy Spagheti Tropicana

Spagheti:
250g spagheti
2 camca besar minyak masak
1 camca besar garam

Hiasan:
40g daun ketumbar
Serbuk keju Chedar

Bahan untuk kuah:

4 ulas bawang putih (ditumbuk kasar).
200g sotong dipotong 'ring' direbus dgn sedikit air sehingga lembut.
200g udang dipotong dadu.
200g isi ayam dicincang.
1 tin tomato sup Kimball.
1 tin sos tomato, basil and garlic Prego.
40g daun bawang dihiris halus.
40g daun sup dihiris halus.

Bahan A:
½ inci halia
2 biji cili merah
4 biji cili padi
6 biji cili kering

Bahan B:
100g cendawan butang
2 biji buah tomato
1 biji cili capsicum
4 biji bawang besar

Cara :
Rebus air sehingga mendidih di dalam periuk sebelum memasukkan spagheti. Tambahkan garam & minyak masak. Masakkan spagheti hingga masak & lembut iaitu lebih kurang 15 minit. Setelah masak, angkat dan toskan hingga kering.
Untuk pastikan spaheti telah benar-benar masak, letakkannya di atas piring dan ia akan melekat dan lembut.
Untuk membuat kuah, blend bahan A dengan sedikit air sehingga halus. Potong dadu bahan B. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan isi ayam, sotong dan udang dan goreng hingga separuh masak. Tambahkan bahan A yang telah diblend dan goreng hingga masak. Masukkan sos tomato kimball dan prego dan masak selama 5 minit. Akhir sekali masukkan bahan B dan daun bawang dan daun sup. Kacau dan masak selama 5 minit.

Jika suka semasa menghidang boleh hiaskan dengan daun ketumbar dan serbuk keju.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...