Sunday 29 January 2012

CUSTARD CREAM PUFF

 
CUSTARD CREAM PUFF 

Inilah Custard Cream Puff yang dihasilkan semasa kursus di Kolej Komuniti, sempat ambil gambar sebiji je..

A.    PASTRI

 Bahan bahan

250ml air
125gm tepung gandum
secubit garam
100gm mentega
3 biji telur
1/2 tsp gula castor

Cara-Cara:

1.   Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
2.     Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.
3.     Kecilkan api, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk kayu. Bila adunan tidak melekat di periuk, tutup api..
4.     Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5.     Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata ( boleh guna mixer ) sehingga adunan kelihatan berkilat.
6.     Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle open star atau bulat biasa  
7.     Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar selama 20min - 25min.
pada suhu 200’C.
8.     Sejukkan pastri  di atas dawai penderai
9.     Pastri yang telah siap, dibelah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus untuk di isikan dengan filling.

B.    CREAM CUSTARD

Bahan-Bahan:

1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
3 tbs gula castor
1 cup fresh milk
1 biji telur gred A
1 tbs mentega

Cara-Cara:

1.     Bancuh dan kacau tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar hingga sebati ( Kalau berbintil, bancuhan tepung tu hendaklah ditapis )
2.      Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3.     Masak atas api kecil sambil kacau supaya tidak berbintil-bintil
4.     Bila dah  likat, angkat dari api, masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.
5.      Isikan dalam piping bag, gunakan nozzle star paipkan ke dalam pastri yang telah dibelah tadi

Tips :
·         Panaskan oven 15 minit sebelum membakar
·         Untuk dapatkan hasil yang baik, sejukkan adunan tepung terlebih dahulu sebelum memasukkan telur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...